Do It Now

Mohon ihsan….

Posted by mONSo on April 20, 2010 at 9:05 am

Forwarded by Roszaimi B Abdul Rahim/BUU/MARA on 19/04/2010 07:57

Assalamualaikum wbt
MANUSIA SENTIASA DIUJI, HARI INI HARI DIA, ESOK MUNGKIN HARI KITA

KAWAN  SAYA MINTA TOLONG SEBARKAN EMEL INI…

Saya  Rohaiza  Bte Ishak. Saya merupakan guru Kemahiran Hidup di MRSM Muar.
Tujuan  saya  menulis  email  ini  ialah  untuk  memohon belas kasihan dari
pembaca  kerana  anak  kedua  saya yang bernama NurHannah Bte Mohamed Helmi
berusia 3 bulan tidak sihat.

Ketika  bersalin,  anak saya lemas kerana tali pusat keluar lebih kurang 40
minit  sebelum  saya bersalin. Ini menyebabkan anak saya lemas kerana tidak
mendapat oksigen kerana tali pusat sudah terkeluar.

Apabila  doctor  scan  (MRI)  otak anak saya, doctor menyatakan bahawa anak
saya  terencat  akal  kerana  sel-sel  otak  telah  mati  kerana kekurangan
oksigen. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa ketika itu.

Kaki  bagaikan  tidak  jejak  ke bumi. Muka saya pucat bagaikan tiada darah
lagi.  Hampir  3  minggu  saya mengambil masa untuk terima hakikat apa yang
doctor  terangkan mengenai anak saya. Hari-hari saya menangis. Saya rasakan
hati saya kosong.

Selepas 3 minggu saya cuba berkongsi masalah dengan teman sekerja. Semangat
saya mula datang apabila ada rakan yang mengalami situasi yang sama seperti
saya  iaitu  anak mereka lemas ketika bersalin. Doktor juga menyatakan anak
mereka  terencat  akal.  Tetapi  kuasa  Allah  mengatasi segalanya dan anak
mereka  alhamdulillah  sihat. Tetapi saya akui bahawa saya hanya insan yang
lemah. Kadang-kadang saya kuat, kadang-kadang saya lemah sangat.

Rakan  menasihati  saya  agar  perbanyakkan  solat  hajat,  baca yassin dan
bersedekah.   Alhamdulillah.  Saya  melakukan  semua  nasihat  yang  mereka
berikan.  Perkembangan terbaru tentang anak saya ialah dia masih lagi belum
boleh  menghisap  dan  menelan. Minum susu menggunakan tiub yang dimasukkan
terus  ke  perut.  Suction  machine  pula digunakan untuk menyedut air liur
kerana anak masih tidak boleh menelan.

2  minggu  lepas  anak  dimasukkan  ke hospital kerana jangkitan kuman pada
paru2.  Ketika  itu  keadaan  anak  terlalu  lemah menyebabkan doctor sukar
mencari urat anak. Pilihan kedua ialah masukkan line hingga ke tulang.

Sekali  lagi  anak  saya  diduga  iaitu  selepas  3 hari kaki anak bengkak.
Apabila  doctor  buat  x-ray,  rupanya  kaki anak saya patah kerana dicucuk
ketika memasukkan line.Pergerakan anak saya tidak seaktif bayi kerana kesan
kurangnya oksigen di otak ..tambahan pula kaki kanan anak bersimen.

Hanya  Allah  tempat saya mengadu. Jika boleh, biarlah saya yang menanggung
semua kesakitan itu, bukan anak saya yang berumur 3 bulan. Minum guna tiub,
tak tahu menelan…kaki pula bersimen.

Kalian bayangkanlah bagaimana perasaan seorang ibu yang menjaga janin dalam
kandungan bagaikan menatang minyak yang penuh. Tetapi selepas lahir, begitu
besar  ujian  untuk  anak  saya.Terus terang saya katakan bahawa ini adalah
ujian  yang  maha-maha  besar dalam hidup saya. Saya bersyukur kerana Allah
menguji saya kerana Dia sayangkan saya dan anak.

Dikesempatan ini saya memohon, merayu dan menagih simpati agar kalian dapat
meluangkan  masa  untuk melakukan sembahyang hajat agar kesihatan anak saya
pulih dan jauhkanlah anak saya dari sebarang kecacatan.

Andainya   terlalu  berat  permintaan  saya,  bacakanlah  Al-Fatihah.  Jika
permintaan ini juga berat, cukuplah kalian mengucapkan INSYAALLAH agar anak
saya  sihat, dijauhkan dari kecacatn dan dipulihkan kerosakan pada otaknya.
Mudah-mudahan dengan keikhlasan kalian, doa kalian dimakbulkan. Hanya Allah
yang mampu membalas budi kalian.

Saya  juga memohon agar kalian dapat forwardkan email ini kepda rakan-rakan
kalian  agar  dapat  membantu  anak  saya. Kesihanilah anak saya kerana dia
terlalu  kecil  untuk memahami erti kesakitan. Jika ada nasihat, pengalaman
dan  ilmu..emailkanlah  kepada  saya  rozex_3056@yahoo.com.my. Di sini saya
sertakan  panduan  sembahyang  hajat. Mudah-mudahan bolehlah kalian amalkan
jika  ingin  memohon  sesuatu hajat. Percaya dan yakinlah bahawa Allah maha
mendengar doa dari hambaNya.

Solat Hajat

1) Niat Ushalli sunnatal hajati rak’ataini lillaahi ta’aala.
2) Tiap-tiap 2 rakaat sesudah membaca al-fatihah, baca Ayat kursi 1x,
dan Kul huallah huahad sebanyak 1x.
3) Sehabis salam yang terakhir, sujud semula. teruslah meminta hajat
kepada Allah dengan khusyuk.Insyaallah Allah makbulkan.

Ayat Kursi

Allahu laa ilaaha illaa huwal hayyl qayuum, la tak khu-dzuhuu
sinataunw walaa naw-um, lahuu maa fis samawaati wamaa fil-ardhi, man
dzal-la-dzii yasy-fa-‘u indahuu illaa bi-idz-nihii, ya’-lamu maa
bayna aydiihim, wamaa khal-fahum walaa yuhii-thuuna bi-syai-inm
min’ilmihii illa bimaa syaa-a, wasi-‘a kursiy-yuhus samaawaati
wal-ar-dha, walaa ya-uu-duhuu hifzhuhumaa wahuwal ‘aliy-yul azhim.

pic06511.jpg

Gambar ini diambil pada hari ke-2 kelahiran Hana. Waktu ini Hana di ICU
nursery. Hana bernafas menggunakan mesin kerana ketika lahir, denyutan
jantung sudah terhenti. Doktor melakukan CPR untuk mendapatkan semula nyawa
Hana. Allah Maha Berkuasa. Alhamdulillah.

pic22741.jpg

Ini gambar 2 minggu lepas ketika di wad knk2 tiba2 pernafasan Hana laju.
Doktor memberi saya 2 pilihan. Pilihan pertama untuk mendakap Hana buat
saat terakhir kerana Hana terlalu sukar bernafas. Pilihan kedua pula ialah
masuk ke ICU dan memasukkan kembali tiub pernafasan. Doktor menerangkan
jika tiub sukar di masukkan ke mulut, mereka akan masukkan melalui leher
dengan menebuk leher Hana. Dengan kuasa Allah tiub berjaya dimasukkan
melalui mulut.
pic20175.jpg

Ini gambar ketika Hana dimasukkan ke ICU selepas tiub pernafasan dimasukkan
melalui mulut. Hanya air mata saya yang menemani Hana ketika di ICU kerana
saya tidak dibenarkan menjaga Hana ketika di ICU.

pic21459.jpg

Ini gambar selepas kaki Hana disimen. Tiub di mulut Hana digunakan untuk
menyusu. Belum lagi pandai menghisap, kaki pula patah. Alhamdulillah atas
ujian yang diberikan. Saya redha.

Saya berharap dengan melihat gambar Hana, lahirlah sedikit simpati dari
kalian. Cuma doa yang saya pohon dari kalian agar Hana boleh membesar
seperti kanak-kanak yang sempurna. Jauhkanlah Hana dari kecacatan.

Mudah-mudahan Allah gantikan sel yang rosak di otak Hana dengan sel yang
baru dan dipilih di kalangan sel yang terbaik untuk Hana. Inilah doa yang
tiap kali saya baca setiap sujud yang terakhir, setiap kali lepas solat
fardu dan solat hajat.

Mudah-mudahan Allah makbulkan segala doa dan Allah berkati segala usaha
saya. Selebihnya saya bertawakal. Amin.

del.icio.us Digg Facebook Technorati Google Furl Netscape Yahoo Feed Me Links Bloglines Bookmark.it Ask Spurl Wink

Archived under Do It Now Comments

Tomorrow can be too late! – Do it now…

Posted by mONSo on October 18, 2007 at 2:52 am

image001.gif

image002.gif

This Message is really nice!!!

If you’re mad with someone image003.gif , and nobody’s there image004.gif to fix the situation… You fix it image005.gif .

image006.gif Maybe today, that person still wants to be your friend image007.gif. And if u don’t, tomorrow can be too late image008.gif .

If you’re in love with somebody image009.gif , but that person doesn’t know…

image010.gif image011.giftell her/him.

Maybe today, that person is also in love with you image012.gif .

And if you don’t say it, tomorrow can be too late image013.gif .

If you really want to kiss image014.gif somebody… image015.gif kiss her/him.

Maybe that person wants a kiss from you, too image016.gif. And if you don’t kiss her/him today, tomorrow can be too late image017.gif .

If you still love a person that you think has forgotten you… image018.gif

image019.gif tell her/him.

Maybe that person have always loved you. And if you don’t tell her/him today image020.gif , tomorrow can be too late.

If you need a hug of a friend… ask her/him for it.

image021.gif

Maybe they need it more than you do. And if you don’t ask for it today, image022.giftomorrow can be too late.

If you really have friends image023.gifwho you appreciate… image024.gif tell them.

Maybe they appreciate you as well. That if you don’t and they leave or go far away today image025.gif , tomorrow can be too late.

image026.gif

If you love your parents, and never had the chance to show them… do it image027.gif.

Maybe you have them there to show them how you feel. That if you don’t and they leave today image028.gif , then tomorrow can be too late.

 

SEND THIS MAIL TO EVERY PERSON YOU CARE ABOUT , INCLUDING THE ONE

image029.gif

WHO SENT IT TO YOU. YOU’LL SEE HOW YOU’RE GOING TO KNOW THAT THERE ARE PEOPLE WHO CARE ABOUT YOU image030.gif , THAT YOU DIDN’T KNOW image031.gif .

image032.gif

Forward it today…image033.gif coz tomorrow can be too late…

 

 

image034.gif

del.icio.us Digg Facebook Technorati Google Furl Netscape Yahoo Feed Me Links Bloglines Bookmark.it Ask Spurl Wink

Archived under Do It Now Comments