Archive for March 28, 2008

Percayalah Dengan CINTA MIRC! Haha

Posted by mONSo on March 28, 2008 at 4:48 am

Lucu Tapi Benar! Inilah yang patut renungi bersama. Cinta MIRC Tu Takkan kekal? Baca Cerita MIRC ni!~ :)

Assalamualaikum WBT

Kali ini aku ingin menceritakan ttg kisah cinta ku, Cinta Internet. Sebelum ini, aku sudah 2 kali gagal dalam bercinta. Entah dimana silapnya, aku pun tak tahu. Mungkin aku terlalu mentah ataupun terlalu setia melulu. Kisah cinta yang lalu tak perlu lah dikenangkan. Di sini aku ingin ceritakan kisah cinta aku dengan adik angkat ku sendiri yang ku kenali di dalam MIRC.

Pada tahun 1999, aku mengalami kemalangan jalanraya dan telah dimasukkan ke hospital ke hospital selama hampir seminggu. Syukur Alhamdulillah, umur ku masih dipanjangkan olehNya. Setelah keluar daripada hospital, aku hanya berehat dirumah sementara untuk menghabiskan cuti sakitku. Pada satu hari, kawan baik ku iaitu Amir dating kerumah dan mengajak aku menemaninya ke sebuah cyber café. Tujuannya adalah untuk berchating. Aku pulak pada tika itu amat naïve dan mentah dengan chatting ni, so aku ikut je si Amir ni.

Sampai je disana, dia mengajar aku bagaimana untuk menggunakan MIRC. Aku menggunakan nama samaran hantu^toya memandangkan aku tak tahu nama apa yang harus aku gunakan. Aku melayari laman kampung dan melihat lihat sahaja, tiba-tiba aku ditegur oleh nick anturayer Jadi kami pun berbual bual sebentar. Selepas bertukar tukar sedikit maklumat dan no telefon aku dan Amir terus pulang. Dalam perjalanan pulang, si anturayer tadi menghubungi aku di telefon bimbitku. Kami berbual bual sebentar sebelum talian terputus (maklum la dia hanya menggunakan public phone, dan jarak yang jauh iaitu dari Kelantan dan aku pula di Pulau Pinang).

Seminggu telah berlalu, dan aku hampir melupakan peristiwa tersebut. Namun, pada satu hari, aku telah menerima sepucuk surat daripada si gadis tadi. Isi kandungan yang pendek tetapi tersusun rapi dengan tulisan yang kemas dan cantik itu telah membuatkan ku tertarik. Dia mengenalkan dirinya sebagai Wan Norhayati dan bersal dari Kelantan. Masih lagi belajar di lower six. Semenjak dari saat itu, kami sering berhubungan dengan snail mail (surat pos daaaaa). Email bagi ku tidak menarik dan sehebat surat biasa. Dalam sebulan hampir 2 pucuk surat kami berhubungan. Pada saat itu, kami hanya sebangai adik dan abang angkat sahaja memandangkan jarak umur yang berbeza 6 tahun. Aku banyak memberikan nasihat dan teguran kepada dia melalui surat dan juga dengan panggilan telefon. Read the rest of this entry »

del.icio.us Digg Facebook Technorati Google Furl Netscape Yahoo Feed Me Links Bloglines Bookmark.it Ask Spurl Wink

Archived under MIRC Comments