jangan jadi cikgu camni…x’baik…

Ada seorang cikgu tadika yang tak percaya wujudnya Tuhan. Dia pun berfikir bagaimana hendak mempengaruhi kanak-kanak di tadika tersebut supaya tak percaya wujudnya Tuhan. Tiba-tiba, dia mendapat satu akal…

Guru tadika : Anak-anak, nampak tak pen ini?
Murid-murid
: Nampak cikgu.
Guru tadika
: Pen ada kan?
Murid-murid
: Ada cikgu.

Kemudian guru tadika tadi memasukkan pen itu
ke dalam poket dia dan kemudian bertanya lagi..

Guru tadika : Anak-anak,nampak tak pen?
Murid-murid
: tak nampak cikgu.
Guru tadika
: pen ada tak?
Murid-murid
: tak ada cikgu.
Guru tadika
: Anak-anak nampak Tuhan tak?
Murid-murid
: tak nampak cikgu.
Guru tadika
: Tuhan ada tak?
Murid-murid
: tak ada cikgu.

Guru tadika itu sangat gembira kerana tujuannya untuk mempengaruhi kanak-kanak itu berjaya. Tetapi.. dalam kumpulan kanak-kanak itu ada seorang budak yang pintar yang bernama Amin lalu dia pun mengangkat tangan…

Amin : Cikgu, boleh saya cakap sesuatu?
Guru tadika
: Boleh,mari ke depan.
Amin
: Kawan-kawan nampak cikgu tak?
Murid-murid
: nampak.
Amin
: cikgu ada kan?
Murid-murid
: ada.
Amin
: Kawan-kawan nampak otak cikgu tak?
Murid-murid
: tak nampak.
Amin
: cikgu ada otak tak?
Murid-murid
: tak ada.

del.icio.us Digg Facebook Technorati Google Furl Netscape Yahoo Feed Me Links Bloglines Bookmark.it Ask Spurl Wink

Leave a Comment for jangan jadi cikgu camni…x’baik…

You must be logged in to post a comment.